Khamis, 15 Oktober 2009

Pengenalan



Kampung Tanjung Aru merupakan sebuah kampung yang sedang pesat membangun dalam pelbagai aspek sejajar dengan kemajuan yang dikecapi oleh penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan ini.

Dari segi sejarah, nama kampung ini wujud kerana pada masa dahulu banyak pokok Ru (Aru) tumbuh di sepanjang tanjung berhampiran pantai ini. Sehingga ke hari ini, pokok Ru (Aru) masih banyak tumbuh terutama di kawasan berhampiran pantai.



Kampung Tanjung Aru mempunyai keluasan dalam lingkungan 222.573 hektar. Terletak di sebelah pantai timur Pulau Labuan iaitu kira-kira 10km dari pusat Bandar Labuan. Terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Kg. Tanjung Aru dan Kg. Tanjung Aru Nelayan. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh dua buah taman perumahan iaitu Taman Sea View dan Taman Tan Villa. Kedua-dua taman ini juga termasuk dalam kawasan Kg. Tanjung Aru. Kampung ini bersempadan dengan Kg. Lajau, Kg. Durian Tunjung dan Kg. Lubuk Temiang.

Kependudukan



Jumlah penduduk Kg. Tanjung Aru ialah kira-kira 1,385 orang. Tetapi jumlah ini tidak termasuk jumlah penduduk yang tinggal di dua taman perumahan yang dinyatakan di atas.

Golongan dewasa yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling ramai di kampung ini dan selebihnya golongan tua dan kanak-kanak.

Hampir 98% penduduk di kampung ini menganut agama Islam. Selebihnya menganut agama Kristian dan lain-lain.

Suku kaum Kedayan merupakan penduduk majoriti di kampung ini. Suku kaum lain yang tinggal di sini ialah suku kaum Berunei, Kadazan, Cina dan lain-lain.

Sebilangan besar penduduk di sini bekerja di sektor swasta dan kerajaan. Selebihnya, bekerja sendiri seperti kontraktor, peniaga dan nelayan.

Majoriti penduduk di sini mendapat pendidikan sehingga ke peringkat sekolah menengah. Di kampung ini juga terdapat penduduknya yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti.

Jenis rumah di sini boleh dibahagi kepada 3 jenis iaitu binaan rumah batu, kayu dan separa batu/kayu.

Hampir semua penduduk di setiap rumah di sini mempunyai kenderaan sendiri seperti motorsikal dan kereta.

Kemudahan

Infrastruktur:
1. Bekalan elektrik dan air
2. Jalan Raya
    Jalan utama berturap tar
    Jalan kampung berturap simen
3. Balai Raya
4. Perhentian Bas
5. Masjid
6. Klinik Desa

Sukan dan Riadah:
1. Sebuah padang bola sepak
2. 2 buah gelanggang sepak takraw
3. 2 buah gelanggang bola tampar

Kegiatan Ekonomi

Perikanan











Aktiviti penangkapan ikan (nelayan) merupakan salah satu punca pendapatan penduduk di kampung
ini yang dijalankan secara sepenuh masa dan sambilan.Hampir 20% penduduk di sini menjadi nelayan sepenuh masa, dan ada juga sebagai nelayan sambilan.

Pertanian











Aktiviti pertanian di sini hanya dijalankan oleh sebilangan kecil penduduk dan secara kecil-kecilan di tanah kepunyaan persendirian. Namun begitu, ia juga mendatangkan hasil pendapatan kepada mereka dengan menjual hasil pertanian tersebut di sekitar W. P. Labuan seperti gerai-gerai jualan
tanaman di Pasar Besar W.P.Labuan dan juga di kedai-kedai runcit di sekitar kampung ini. Ini juga menyumbang pendapatan sampingan kepada mereka.

Perniagaan











Pada masa ini terdapat tiga buah kedai runcit dan sebuah gerai makan yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung ini.

Perindustrian









Perusahan ini telah dijalankan sejak dahulu lagi oleh Tuan Haji Mohamad bin Said dan keluarga. Beliau
telah menggunakan mesin-mesin memproses yang moden bagi memudahkan dan meningkatkan hasil
pengeluaran. Belacan yang telah siap diproses akan dijual di sekitar W. P. Labuan dan Negara Brunei
Darussalam.

Pelancongan












Terumbu Warisan


Medan Selera Anjung Ketam