Khamis, 15 Oktober 2009

Kependudukan



Jumlah penduduk Kg. Tanjung Aru ialah kira-kira 1,385 orang. Tetapi jumlah ini tidak termasuk jumlah penduduk yang tinggal di dua taman perumahan yang dinyatakan di atas.

Golongan dewasa yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling ramai di kampung ini dan selebihnya golongan tua dan kanak-kanak.

Hampir 98% penduduk di kampung ini menganut agama Islam. Selebihnya menganut agama Kristian dan lain-lain.

Suku kaum Kedayan merupakan penduduk majoriti di kampung ini. Suku kaum lain yang tinggal di sini ialah suku kaum Berunei, Kadazan, Cina dan lain-lain.

Sebilangan besar penduduk di sini bekerja di sektor swasta dan kerajaan. Selebihnya, bekerja sendiri seperti kontraktor, peniaga dan nelayan.

Majoriti penduduk di sini mendapat pendidikan sehingga ke peringkat sekolah menengah. Di kampung ini juga terdapat penduduknya yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti.

Jenis rumah di sini boleh dibahagi kepada 3 jenis iaitu binaan rumah batu, kayu dan separa batu/kayu.

Hampir semua penduduk di setiap rumah di sini mempunyai kenderaan sendiri seperti motorsikal dan kereta.