Khamis, 15 Oktober 2009

Pengenalan



Kampung Tanjung Aru merupakan sebuah kampung yang sedang pesat membangun dalam pelbagai aspek sejajar dengan kemajuan yang dikecapi oleh penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan ini.

Dari segi sejarah, nama kampung ini wujud kerana pada masa dahulu banyak pokok Ru (Aru) tumbuh di sepanjang tanjung berhampiran pantai ini. Sehingga ke hari ini, pokok Ru (Aru) masih banyak tumbuh terutama di kawasan berhampiran pantai.



Kampung Tanjung Aru mempunyai keluasan dalam lingkungan 222.573 hektar. Terletak di sebelah pantai timur Pulau Labuan iaitu kira-kira 10km dari pusat Bandar Labuan. Terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Kg. Tanjung Aru dan Kg. Tanjung Aru Nelayan. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh dua buah taman perumahan iaitu Taman Sea View dan Taman Tan Villa. Kedua-dua taman ini juga termasuk dalam kawasan Kg. Tanjung Aru. Kampung ini bersempadan dengan Kg. Lajau, Kg. Durian Tunjung dan Kg. Lubuk Temiang.